Mungkin ada di antara kita memikir kenapa display name pelajar mesti diikuti dengan kelas. Ramai pelajar tidak suka peraturan ini kerana mengikut mereka ini akan mendedahkan identiti mereka.
Portal sekolah kita bukan portal awam dan kita tidak membenarkan orang awam menjadi ahli portal ini. Oleh kerana itu, kita perlu tahu yang menjadi ahli itu gurukah pelajar. Oleh itu, untuk guru, kita tidak perlu label guru pada nama paparan mereka. Pelajar mungkin menggunakan nama paparan yang sama dengan guru, jadi kita mungkin tersilap orang. Maka kita kenalah adalah satu cara untuk membezakan guru dengan pelajar.
Contohnya, EPOI dan jebat adalah sebenarnya nama paparan dua orang guru sekolah ini. Amin pula adalah seorang pelajar, pada masa yang sama kita juga ada seorang guru yang bernama Amin. Jadi, bila Amin memberi komen, kita akan tersilap anggap Cikgu Amin yang telah mengambil bahagian dalam portal ini. Tetapi sebenarnya tidak.
Dengan penerangan ini, saya berharap semua akan jelas bahawa kita bukanlah nak menyusahkan mana-mana pihak, tetapi hanya ingin mengelakkan salah faham yang mungkin timbul nanti.
Seperti yang telah dipersetujui dalam Mesy Pengurusan, kita tidak menerima pelajar sebagai ahli dan portal ini pada mulanya tertutup untuk guru sahaja; akan tetapi kita telah buka untuk pendaftaran memandangkan ramai guru belum mendaftarkan diri mereka lagi.
Pada pendapat saya, jika pelajar boleh berdisiplin dalam alam maya ini, kita harus menerima mereka juga. Tetapi, bolehkah mereka diberi peluang?
Saya masih membenarkan pendaftaran mereka sehingga satu hari bila kita rasa perlu melakukan sesuatu...
