SELAMAT DATANG KE PORTAL e-smtsp1.net
TEKNOLOGI TERAS PEMBANGUNAN
KOD SEKOLAH: KKA 3002
* * * * *
TARIKH-TARIKH PENTING PENDAFTARAN PELAJAR BARU 2010
| 17.1.2010 | Semakan tawaran boleh dibuat secara online di www.moe.gov.my
|
| 18.1.2010 | Surat tawaran masuk ke T4 akan dihantar kepada bakal pelajar
|
| 26.1.2010 | Rayuan untuk masuk ke T4 boleh dilakukan dengan borang daripada sekolah
|
| 25.1.2010 | Pendaftaran Pelajar Ting 4 di sekolah masing-masing
|
| 7.2.2010 | Pendaftaran Pengambilan Kali Kedua
|
SYARAT PELAJAR SMTSP1 MENJADI AHLI PORTAL
This is a school portal and will only accept its students as members1. Daftar dengan nama sebenar seperti dalam K/P sebagai 'real name'.
2.
Nyatakan tahun dan kelas anda dalam 'display name' e.g. anis07/08 5T3, wangi03/M23. Tiada bicara lucah
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
* SEMUA 3 syarat di atas mesti dipenuhi *
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
* Pendaftaran yang memenuhi syarat di atas akan diaktifkan.
* Pendaftaran yang TIDAK memenuhi syarat akan dipadam.
* Guru dan staf sekolah ini tidak tertakluk kepada syarat-syarat ini.
* Portal ini tidak menerima orang awam sebagai ahli.
Monday 08 February 2010
17TH MALAYSIA TORAY SCIENCE FOUNDATION (2010)
Guru-guru sains dan matematik yang berminat untuk mengambil bahagian dalam pertandingan MTSF adalah dimaklumkan bahawa tarikh tutup penghantaran penyertaan adalah seperti tahun-tahun yang lalu, iaitu: 31 Mei 2010.
Category C
5 winning prizes
| RM 6,000 to RM 10,000
|
5 Runner-up
| RM 4,000 each
|
5 Consolation
| RM 2,000 each
|
| TOTAL= | RM 70,000
|
adminonMonday 08 February 2010 - 10:34:15

comment: 0 Sunday 07 February 2010
PORTAL RASMI SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN KEDAH
Sukacita dimaklumkan bahawa Portal Rasmi Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Kedah telah dibangunkan untuk kemudahan akses maklumat yang berkaitan dengan pengurusan akademik JPN/PPD. Sehubungan itu tuan diminta melayari portal berkenaan untuk mendapat maklumat dan info akademik di alamat seperti tertera di bawah:
http://akademik.kedah.edu.my/
Antara kemudahan yang disediakan ialah kemudahan download borang-borang berkaitan Pengurusan Headcount 2010, Pemantauan Kurikulum Berkualiti 2010, Dasar 60:40, Bahan Sumber Sains, PROTIM, Penguasaan Asas Matematik (PAM), Pekeliling-pekeliling dan lain-lain perisian dan bahan yang berguna dalam pengurusan akademik di sekolah. Harap maklum.
Dipetik daripada email yang dihantar oleh:
EN ROMLAN BIN AHMAD
Pegawai Khas (Matematik & Sains)
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan
adminonSunday 07 February 2010 - 21:02:54

comment: 0
SELAMAT TAHUN BARU CINA 2010
TO ALL CHINESE STAFF & STUDENTS
What is life? Life is a duty, perform it. Life is a game, play it. Life is a garden, grow it. Life is a gift, accept it. Life is a goal, achieve it. MAY THE TIGER YEAR BRING ABUNDANT JOY TO YOU ALL.
Submitted by Mantan Pengetua (Ideris)
adminonSunday 07 February 2010 - 19:10:33

comment: 1 Thursday 04 February 2010
Nilai-Nilai Keguruan
6 Sifat dan Kualiti Peribadi Seorang Guru
Peranan yang dimainkan oleh guru dalam bidang pendidikan, selain menyebar ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada murid-muridnya. Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, prefesional dan sosial yang baik dan murni. 6 Sifat dan Kualiti Yang Patut Ada Pada Setiap Orang Guru:
1. Baik Hati: Sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru amat dihargai oleh murid-murid kerana mereka akan belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang hati.
2. Jenaka: Sifat jenaka seseorang guru akan membawa suasana riang gembira kepada murid-murid dalam bilik darjah. Guru yang suka berjenaka adalah guru yang suka didekati oleh muridnya.
3. Sabar: Seseorang guru yang mempunyai sifat sabar adalah guru yang boleh mengawal perasaan diri. Guru yang bersabar akan dapat menjalin perhubungan yang erat dengan murid-muridnya.
4. Bertanggungjawab: Sifat bertanggungjawab akan sentiasa mendorongkan guru mementingkan tugas yang telah diamanahkan kepadanya. Beliau juga akan sentiasa berusaha mejalankan tugasnya dengan sempurna.
5. Yakin: Guru yang mempunyai sifat yakin tidak akan merasa takut apabila perlu membuat sesuatu tindakan atau keputusan. Murid-murid akan lebih menghormati guru yang boleh mengambil tindakan dengan tegas.
6. Kepimpinan: Murid-murid akan mematuhi segala tunjuk ajar dan arahan guru yang mewarisi sifat kepimpinan dan juga kualiti kepimpinan. Dengan kualiti kepimpinan ini, segala aktiviti pembelajaran akan dapat dijalankan dengan licin dan lebih berkesan.
Mengikut Nilai-nilai Keguruan, kualiti peribadi seseorang guru merangkumi sifat mesra, adil, luwes, kecindan, tegas, berdedikasi, berwibawa dan bertoleransi.
Sekian terima kasih.
Harap berguna...
Submitted by FaDzLiFaDzLionThursday 04 February 2010 - 12:17:59

comment: 0 Wednesday 03 February 2010
Hari Ganti Persekolahan (6-2-10 SABTU)
Program Juara Rakyat Negeri Kedah akan diadakan pada hari Sabtu, 6.2.2010 bertempat di Parlimen Jerlun. Program ini melibatkan 10 ribu orang guru dan pelajar.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Hj Mohd Puad B Zarkashi telah mengarahkan supaya hari ganti persekolahan pada 6.2.10 ditukar ke satu hari yang lain.
adminonWednesday 03 February 2010 - 18:00:16

comment: 0 Monday 01 February 2010
PERMOHONAN PENDAFTARAN PENILAIAN PEMAHAMAN PTK - (TK4)

I. | | Calon-calon yang layak menduduki PTK (TK4) pertama kali di Gred DG48:- |
| | A. | Telah dinaikkan pangkat secara hakiki/ KUP ke Gred DG48 ATAU telah ditempatkan memangku Gred DG48. |
| | B. | Telah lulus TK3 di atas Gred DG44 bagi calon yang sedang memangku/dipinjamkan/ditukar sementara diatas DG48. |
| | C. | Belum menduduki PTK (TK4). |
| | D. | Bebas daripada sekatan (penangguhan) selama 12 bulan dari tarikh akhir PTK (TK3) yang tidak dihadiri. |
| | E. | Diperakukan oleh Ketua Jabatan. |
II. | | Calon-calon yang layak mengulang PTK (TK4) bagi Gred DG48:- |
| | A. | Telah mendapat keputusan keseluruhan PTK TK4 di Aras I, II atau III. |
| | B. | Calon yang telah mendapat keputusan keseluruhan PTK (TK4) Aras III di bawah kaedah baru PTK mulai Jun 2009 dibenarkan mengulang sekali sahaja lagi. |
| | C. | Bebas daripada sekatan (penangguhan) selama 12 bulan dari tarikh akhir PTK (TK4) yang tidak dihadiri. |
| | D. | Diperakukan oleh Ketua Jabatan. |
III. | | Calon yang berstatus memangku/ dipinjamkan/ ditukar sementara bagi Gred DG48 semasa pendaftaran permohonan adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut;- |
| | A. | Telah dinaikkan pangkat ke Gred DG44. |
| | B. | Telah lulus PTK (TK3). |
| | C. | Keputusan tertinggi adalah tidak melebihi daripada ARAS III. |
Tempoh pendaftaran adalah selama 1 bulan iaitu dibuka mulai 1 Februari 2010 dan ditutup pada 28 Februari 2010.
KLIK SINI UNTUK KE PENDAFTARAN
Submitted by FaDzLiFaDzLionMonday 01 February 2010 - 12:06:06

comment: 0
LAMAN WEB UNIT LATIHAN DAN KEMAJUAN STAF JPN KEDAH
Jabatan Pelajaran Negeri Kedah telah menyediakan laman web Unit Latihan dan Kemajuan Staf yang baru dengan URL: www.kedah.edu.my/latihan. Guru yang memerlukan maklumat lanjut bolehlah menghantar email ke : unitlatihanjpnkedah@gmail.com
Maklumat berkaitan adalah seperti berikut :
i. Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)
ii. Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR)
iii. Kursus Induksi (Guru dan Bukan Guru)
iv. Kursus LDP Bukan Guru
v. Kad Latihan KPM
vi. Latihan Personel
vii. Menguruskan Kursus/Seminar/Bengkel
viii. Menguruskan permohonan Cuti Belajar (Sarjana Muda, Sarjana dan PhD)
ix. Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu Prasarjana
adminonMonday 01 February 2010 - 10:12:06

comment: 0
TAHNIAH
Tahniah diucapkan kepada En. Azhar Bin Ahmad kerana telah berjaya dilantik ke jawatan PPP Siswazah DG41 mulai 2 Oktober 2009.
adminonMonday 01 February 2010 - 09:04:04

comment: 0 Sunday 31 January 2010
TAKLIMAT 5S (UNTUK GURU-GURU AKADEMIK)
Adalah dimaklumkan bahawa satu taklimat Pelaksanaan 5S untuk guru-guru akademik akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 31.01.2010
Hari : Ahad
Masa : 1.30 pm
Tempat: Bilik Mesyuarat
adminonSunday 31 January 2010 - 09:19:01

comment: 0 Wednesday 27 January 2010
Pertandingan Poster Ke -14: The Children of the Earth's Club: 'Let's Protect Our Planet
"Let's Protect Our Planet"
The Children of the Earth's Club, Jepun mempelawakan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyertai pertandingan melukis poster tersebut.
Tarikh penyertaan mesti sampai ke urusetia (Bahagian Dasar & Hubungan Antarabangsa, KPM) ialah sebelum 15 April 2010.Acara penganugerahan pemenang akan dilakukan pada bulan Julai 2010 di Tokyo, Jepun.adminonWednesday 27 January 2010 - 18:16:42

comment: 0
Latest Forum Posts
- Salam Orang Baru by tengku04/05T5 [ Views: 395, Replies: 0, Lastpost: - ]
- SOLO Taxonomy by admin [ Views: 2333, Replies: 0, Lastpost: - ]
- [poll] How people learn – an overview by admin [ Views: 4662, Replies: 0, Lastpost: - ]
- Terpaksa Buka Fail Virus by admin [ Views: 2624, Replies: 0, Lastpost: - ]
- Pendaftaran Alumni by PakLah_99/00 (5T2) [ Views: 8996, Replies: 4, Lastpost: bawanihuzaimi96/97abm2 ]
Threads: 22 | Replies: 58 | Views: 50042
News Categories