Monday 01 February 2010

 PERMOHONAN PENDAFTARAN PENILAIAN PEMAHAMAN PTK - (TK4)


ptk.gif

 
I.
   
Calon-calon yang layak menduduki PTK (TK4) pertama kali di Gred DG48:-
 A. Telah dinaikkan pangkat secara hakiki/ KUP ke Gred DG48 ATAU telah ditempatkan memangku Gred DG48.
  B. Telah lulus TK3 di atas Gred DG44 bagi calon yang sedang memangku/dipinjamkan/ditukar sementara diatas DG48.
  C. Belum menduduki PTK (TK4).
  D. Bebas daripada sekatan (penangguhan) selama 12 bulan dari tarikh akhir PTK (TK3) yang tidak dihadiri.
  E. Diperakukan oleh Ketua Jabatan.
 
II.
   
Calon-calon yang layak mengulang PTK (TK4) bagi Gred DG48:-
 A. Telah mendapat keputusan keseluruhan PTK TK4 di Aras I, II atau III.
  B. Calon yang telah mendapat keputusan keseluruhan PTK (TK4) Aras III di bawah kaedah baru PTK mulai Jun 2009 dibenarkan mengulang sekali sahaja lagi.
  C. Bebas daripada sekatan (penangguhan) selama 12 bulan dari tarikh akhir PTK (TK4) yang tidak dihadiri.
  D. Diperakukan oleh Ketua Jabatan.
 
III.
 
Calon yang berstatus memangku/ dipinjamkan/ ditukar sementara bagi Gred DG48 semasa pendaftaran permohonan adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut;-
 A. Telah dinaikkan pangkat ke Gred DG44.
  B. Telah lulus PTK (TK3).
  C. Keputusan tertinggi adalah tidak melebihi daripada ARAS III.


Tempoh pendaftaran adalah selama 1 bulan iaitu dibuka mulai 1 Februari 2010 dan ditutup pada 28 Februari 2010.


KLIK SINI UNTUK KE PENDAFTARAN

Submitted by FaDzLi
FaDzLionMonday 01 February 2010 - 12:06:06
comment: 0

 LAMAN WEB UNIT LATIHAN DAN KEMAJUAN STAF JPN KEDAH


Jabatan Pelajaran Negeri Kedah telah menyediakan laman web Unit Latihan dan Kemajuan Staf yang baru dengan URL: www.kedah.edu.my/latihan. Guru yang memerlukan maklumat lanjut bolehlah menghantar email ke : unitlatihanjpnkedah@gmail.com

Maklumat berkaitan adalah seperti berikut :

i.      Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)
ii.     Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR)
iii.    Kursus Induksi (Guru dan Bukan Guru)
iv.     Kursus LDP Bukan Guru
v.      Kad Latihan KPM
vi.     Latihan Personel
vii.    Menguruskan Kursus/Seminar/Bengkel
viii.   Menguruskan permohonan Cuti Belajar (Sarjana Muda, Sarjana dan PhD)
ix.     Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu Prasarjana


adminonMonday 01 February 2010 - 10:12:06
comment: 0

 TAHNIAH


Tahniah diucapkan kepada En. Azhar Bin Ahmad kerana telah berjaya dilantik ke jawatan PPP Siswazah DG41 mulai 2 Oktober 2009.

adminonMonday 01 February 2010 - 09:04:04
comment: 0

Latest Forum Posts




Threads: 22 | Replies: 58 | Views: 61511


News Categories