SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/2010 PELAKSANAAN SISTEM PILIHANRAYA KETUA MURID DI SEKOLAH-SEKOLAH
Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil maklum bahawa terdapat sesetengah sekolah di negara ini yang mengguna pakai atau mengamalkan sistem pilihanraya dalam melaksanakan pemilihan Ketua Murid pada awai sesi persekolahan. KPM berpandangan bahawa pelaksanaan sistem pilihanraya ini adalah tidak sesuai untuk dilaksanakan atau didedahkan kepada murid-murid sekolah. 2. Sehubungan itu, Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil. 3/2010 bertartkh 10 Februari 2010 yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Pelajaran Malaysia teiah memutuskan supaya pelaksanaan sistem pilihanraya bagi memilih Ketua Murid di sekolah-sekolah dihentikan dan semua Pengetua dan Guru Besar diberi kuasa untuk melantik Ketua Murid di sekolah masing-masing.
SURAT PEKEUUNG IKHTISAS BIL. 2/2010: PELAKSANAAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009 telah memansuhkan pelaksanaan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah-sekolah dan digantikan dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). 2. Dalam melaksanakan dasar MBMMBI, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris diperkukuh menerusi pendekatan yang lebih berkesan. Dengan pemansuhan dasar PPSMI, sekolah kebangsaan dan sekolah menengah hendaklah menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik, manakala di SJK(C) dan SJK(T) menggunakan bahasa pengantar masing-masing. Sumber: http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/pekeliling/1267080656.pdf
Tahniah diucapkan kepada Tn Hj Haron b Dali yang akan dinaikkan pangkat menjadi Pengetua SMV Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Lipis, Pahang. (kononnya 4 jam perjalanan dari Kuantan)