SMTSP 1 dahulunya dikenali dengan nama Sekolah Menengah Vokasional Sungai Petani 1 terletak di kawasan seluas 41 ekar di Lot 82, Kampung Sungai Tukang, Sungai Petani, Kedah Darulaman. Projek pembangunan seluas 41 ekar ini dibiayai oleh Bank Pembangunan Asia berjumlah RM 37 juta.
KERJA-KERJA pembinaan bermula sejak 1987 dan sekolah ini mula beroperasi pada bulan September 1991. Pengetua pertama, Allahyarham Tuan Haji Azaman bin Hassan bersama 40 orang guru dan 6 staf sokongan memulakan pengambilan pertama seramai 250 orang pelajar tingkatan 4 pada 2 Januari 1992.
Tn.Hj. Azaman B Hassan
PADA Januari 1997, sekolah ini telah dinaik taraf ke Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1. Jumlah warga sekolah pada waktu itu ialah 60 orang guru, 11 staf sokongan dan 570 pelajar. Populasi terkini ialah 76 orang guru, 21 staf sokongan dan 698 pelajar.
Tn.Hj. Yahya B Tahrin
Pada awal 1998 tempat Tuan Haji Azaman bin Hassan telah diambil alih oleh Tuan Haji Yahya bin Tahrin yang bertugas sehingga tahun 2000.
Tn.Hj. Ahmad B Din
Tuan Haji Ahmad bin Din pula telah menerajui sekolah ini pada bulan September 2000 hingga 2002, sebelum tempat beliau diambilalih oleh Tuan Haji Md. Rusli bin A.Rashid yang bertugas hingga pertengahan tahun 2005.

Tn.Hj. Rusli B Abd Rashid
Tempat beliau kemudiannya diambilalih oleh Tuan Haji Sulaiman bin Md. Zain.
Tn.Hj. Sulaiman Md Zain
Pada 16.7.2006 Tuan Hj. Sulaiman telah berpindah ke Sekolah Menengah Teknik Jalan Stadium, Alor Setar. Tempat beliau kemudiannya diambilalih oleh Encik Ideris bin Haji Abdul Rahim.
En. Ideris Bin Abdul Rahim
SMTSP1 di bawah En. Ideris Bin Hj Abdul Rahim telah mengalami banyak pembangunan, termasuk gerbang besar di depan sekolah, astaka baru di padang sekolah, tembuk di belakang bengkel dan banyak bangunan telah dicatkan dengan warna-warna tertentu yang senang dikenali. Yang paling tertonjol sekali ialah sekolah ini nampaknya telah 'dihijaukan' dari segi warnanya. Dalam usaha beliau untuk membestarikan sekolah, bekalan sumber internet secara 'wireless' telah sampai ke belakang bengkel.
En. Ideris Bin Hj Abdul Rahim telah berpindah ke SMT Kuantan dan beliau diganti oleh En. Alwi Bin Hj Yunus yang telah melaporkan diri ke SMTSP1 pada 24 Disember 2009.
SMTSP1 dalam sejarahnya telah menempa beberapa kejayaan seperti Anugerah Sekolah 5 Bintang dan Anugerah Sekolah Harapan Kategori Teknik dan Vokasional.
Semoga SMTSP1 akan terus maju dan mampu melahirkan teknokrat-teknokrat yang berjasa kepada agama, bangsa dan Negara Malaysia yang tercinta.